Rabu, 28 Mac 2012

Selamat Hari Lahir Tan Sri :)

Ehem..
SELAMAT HARI LAHIR TAN SRI SULAM :)

hewhewhew.. ni lah atuk alia paling handsome. satu-satunya atuk yang ada :')
Selamat hari lahir once again embah.
#yang ke berapa aku tak pasti. 65 kot. HIKHOK

nak cerita sikit pasal Tan Sri alia ni.

atuk alia ni sangat-sangat lah berjiwa muda oke. banyak benda lah yang dia rasa dia ni muda je. eyh.. pening lah.. contoh, lepas dia amik gambar pasport, dia tunjuk kat alia 'muka embah ni nampak tua lah kak'. masa ni alia tahan gelak. eyh.. memang embah dah tua lah. tapi dalam hati je lah.
 lagi, bila dia tukar bunyi hon kereta dia. ya ALLAH, sumpah annoying gila bunyi dia. mak dengan makcik2 alia semua dah garu kepala dah, asal perangai bapak diorang ni. HAHA. tapi, yang pakcik2 alia pulak, boleh support, diorang cakap, 'duit bukan boleh bawak mati kak'. okeh, tu alia admit.

atuk alia ni jugak jenis yang nak try sesuatu yang baru. contoh lagi, mak beli digital kamera, dia pun beli jugak ni. tak nak kalah. dia cakap, lepas ni tak payah kenyit2 mata dah nak amik gambar.
handset kitorang ada kamera plus boleh masuk lagu pun, cukup bulan dia beli jugak. kalau boleh nak jugak tu beli yang touch =='. memang nak kena dengan bini dia. LOL

alia rasa dia ada hati jugak tu nak beli laptop dengan DSLR =='
DSLR alia tu pun dia suka snap2..oke, tak kisah lah kan :')

lagi berlagak masa dia cakap kat alia,situasi dalam kereta, 'tengok, benda ni kalau cucuk kat radio ni, keluar lagu tau. dalam ni banyak lagu, kakak ada?'. adehh.. sentap aku. err.. itu pendrive kan? dengan tak nak kalah aku cakap, 'ada, kita punya cucuk kat laptop pun boleh.'

yang seronoknya, atuk alia tak kedekut. tiap kali hantar alia balik, mesti dia bagi duit, sampai alia malu. dia kata, buat beli top-up. hik3..
kalau pergi pasar ke apa, dia mesti belikan jajan. paling dia suka jagung. kalau nak beli kan dia jajan pun, belikan je lah jagung dengan tau fu fa.

kalau alia balik dari kampus pun, dia yang amik :')
yelah, sape nak amik lagi, abah dah tak ada. dia lah abah alia. walaupun dia selalu perli-perli alia, tapi, sape je lagi yang alia ada. alia bergantung harap sangat dekat atuk alia.

benda yang paling buat alia tersentuh, bila dia sanggup sambung buat rumah alia macam yang arwah abah nak. yelah, atuk dah tua, mana larat lagi sebenarnya. jadinya, kitorang cucu perempuan comel lote ni,dok tolong dia. masa tolong pun, dia boleh nasihat lagi, 'kakak, pakai topi, nanti hitam, embah ni tak apa, dah tua'. masa  ni sebak gila, tapi rasa macam, embah perli kita keeeee. HAHA



ya ALLAH, KAU tambahkan umur hero family kami ini.
KAU permudahkan segala urusan dia.
KAU berkati hidup dia.
KAU berikan dia kebahagiaan dunia akhirat.
amiiinnn :')

6 ulasan:

kura berkata...

amboi. suka mencuba tan sri ni. hehe

HB btw!

Noor Adibah Binti A.Latif berkata...

'kakak, pakai topi, nanti hitam, embah ni tak apa, dah tua'
alalala, comel nye atuk alia bagi nasihat kat alia..

p/s: selamat hari lahir atuk.. semoga panjang umur dan diberikan kesihatan tubuh badan .. amin..
untung alia ade atuk lagi.. akak takde dah.. ade pun nenek akak. akak sayang sangat nenek akak <3

Miss Red berkata...

Owhk..sedih pulak.baca entry ni (T_T)....


Happpy Birthday Atuk.Atuk Alia umur sebaya Mak akak..tau...

Alia Rahmat berkata...

kura : jiwa muda... hikhok :D

Alia Rahmat berkata...

kak ibah : heee~ alia pun sayang atuk dengan nenek alia :)

alhamdulillah diorang masih sihat, selagi ada, sayang mereka :D

Alia Rahmat berkata...

kak as : laaa.. ye ke? sebaya.. ok.. dah tahu :D

 
©Copyright by Alia Rahmat since 5 Nov 2010