Selasa, 17 September 2013

Cakap stail orang dewasa

Assalamualaikum! Hye peeps :)

Memandangkan mulut macam tak bisa nak meluahkan dan berkongsi sesama insan *eceyhhh ayat, jadi aku luah je kat blog yang memang dah lama tak berupdate.

Seak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, senang cerita lah kan, sejak umur meningkat dewasa ni (Alhamdulillah for sure), soalan-soalan yang mengganggu hidup dan akal fikiran, yang kadang-kadang tu boleh buat aku tak keruan. Hmmm, contohnya, "bila nak kawin?"

Okay, seriously aku fed-up dah stress lah sikit pasal benda ni kan. Yelaahh, bab kawin, jodoh ni semua, aku tak mampu nak cakap apa. Sebab semuaaaa dah Allah yang rancang. Lagi-lagi aku ni yang langsung takde calon, nak aku cakap apa?

Jadi, dengan berbekalkan ilmu yang secoet je tu kan, jawab lah dengan berhemah sikit memandangkan yang tanya tu semua pangkat makcik-makcik.

Jujur lah, ada rasa cemburu tu bila kawan-kawan dah kawin, dah ada anak, heyyy! sape yang taknak? Tapi bagi aku, memang semua kena berserah pada Allah. Berserah kat sini maksudnya bukan lah kita tak usaha dan cuma tadah tangan je kan? Allah pun bagi ikut usaha kita. Perbetulkan jelah diri dulu, jadi seorang muslimah yang sejati (InsyaALLAH). Persiapkan diri dengan ilmu, dunia dan akhirat sebab kita yang perempuan ni bakal menjadi seorang isteri dan ibu (amiiiin).

Bila teringat lah masa sekolah rendah mesti cakap, "alahh, nanti masa kat sekolah  menengah ramai calon, boleh pilih jadi boyfriend". Bila sekolah menengah pulak cakap, "nanti kat U laaaaagi ramai". Bila dah kat U, "kau kerja nanti lagi ramai lah, tinggal pilih je nak profession apa". Bila dah kerja...tu yang susah sikit tu, nak mintak pilihan kat mana pulak? Tu yang jadi jawapan, "InsyaALLAH kalau ada jodoh".

Nampak tak? berapa ramai lelaki yang ada kat depan kita, tapi bila Allah kata itu bukan jodoh kita, tetap jugak kita tak mampu nak buat apa. Lagi satu hal, yang dok couple putus couple putus ni. Lepas tu konon tak nak bercinta, eleyhhh, konon awak tu sekejap je, sama macam yang tengah taip ni. HAHA. Tak payah lah nak frust lama-lama sampai nekad taknak kawin semua. Sebab, pertemuan tu ada, cuma jodoh tu yang rahsia. Manis kan Allah?

Kesimpulannya, teruskan berdoa pada Allah. Kalau kat hati awak tu ada seseorang yang awak minat, jadi, awak selitkan lah nama dia. Sebab, hati dia tu milik Allah, cuma Allah je yang mampu gerakkan hati dia. Kita tak boleh paksa orang dalam soal hati ni. Sekeras mana pun awak tolak cinta, tapi kalau Allah dah kata dia jodoh awak, awak mesti terima. Kalau takde jodoh kita kat dunia, bergembiralah sebab jodoh kita menanti di Syurga :)
 
©Copyright by Alia Rahmat since 5 Nov 2010