Sabtu, 19 Oktober 2013

Facebook bukan tempat memaki

Assalamualaikum.
Ahhh, terlalu mainstream sangat title entry aku saat ni. Well, mesti ada yang cakap, "Facebook, apa tu?" "alaaa, orang dah tak main Facebook lah."

Btw, kau patut rahu ramaaaaaai lagi manusia yang masih menggunakan Facebook. Termasuk aku lahh.

Bukan apa, entah kenapa aku rasa amat-amat terpanggil untuk buat entry merapu ni. Yelah, kalau nak tulis kat FB jenuh panjang lebar aku nak taip. So, guna jelah medium blogspot ini untuk meluahkan apa yang terpendam. HOHO.

Kawan-kawan, abang-abang, kakak-kakak, makcik pakcik serta adik-adik yang baru nak up sekelian (maaf ayat macam kurang ajar), untuk pengetahuan kalian, Facebook adalah tempat untuk berkawan, cari kawan dan cari jodoh. Ehh. Contohnya, yang dah lamaaaa tak jumpa masih boleh 'berjumpa' di Facebook. Yang dah lamaaa kesepian pun boleh jumpa jodoh kat Facebook. Hewhewhew.

Okay, back to the topic! Jujur, aku sangat-sangat tak berkenan dengan orang yang update status Facebook dengan cara tak puas hati kat orang lain. Harapan update macam tu biar orang tu kononnya baca lah apa yang dia update dan terasa semestinya lah kan? Contoh:

Kes 1- Berebut boyfriend
"perghh, gua panas betul lah dengan kau ni, mulut macam longkang, apa kau tak puas hati kat aku cakap-depan-depan lah, nak kutuk belakang pehal? aku tak rampas pun boyfriend kau tu.. dia yang terpikat kat aku. aku sauk jelah! Yang kau nak cop aku gedik pehal?"

Kes 2- Gaduh dengan kawan
"Macam ni ke kawan? Kawan makan kawan! Untung aku tak cakap kat Pak Mat kau yang patahkan kaki ayam dia haritu! Perangai macam @#$%^ lahhhhh!"

Kes 3- Gaduh dengan boyfriend/girlfriend
"Apa salah bebi sampai bi buat bebi macam ni? Hermm, kalau bebi salah bebi minta maaf. Dalam hati bebi ada bi sorang je"

Kes 4- Hal rumah tangga
"Aku nak ceraiii aku nak ceraiiii! Dasar suami tak guna!"

Okay guys, itu sangat-sangat tak betul! Please, stop it okay! Kau dah sakitkan hati orang sebenarnya. Kau dah buka aib orang sebenarnya. Dan benda tu sangat-sangat lah TAK MATANG! aku highlight kat sini, TAK MATANG!

Aku tak faham apa motif korang-korang update status macam ni. Nak lepas kan geram? Sakit hati? Nak luahkan perasaan? Okayy, aku rasa korang yang lepas kan geram sampai takat macam ni mesti lupa kan yang Allah tu ada nak dengar tiap luahan korang.

Muhasabah diri balik. Kenapa Allah bagi korang sakit hati macam ni? Sakit hati yang sampai tak tertahan kat diri? Sebab, Allah naaaaakk dan teringin sangat nak dengar luahan hati hamba-Nya. Bukan Allah nak bebankan korang semua.

Aku pernah lah terbaca satu ayat ni:
"Allah akan menjatuhkan/mengecewakan hati-hati kalian sehingga kalian tidak mampu menanggungnya dan hanya berharap pada-Nya"

Bila fikir balik, betulkan ayat tu? Sampai satu tahap, kita tak tahu nak luah kat mana even kat facebook pun tak dapat bantu, like je penuh, nasihat satu haprak tak boleh guna, pasti kita kembali pada Dia. Berteleku dan bersujud memohan kepada Allah

So kawan-kawan, fikir baik-baik. Percaya cakap aku, dua tahun lepas kau update status merapu kat Facebook tu, kalau kau baca balik, CONFIRM kau menyesal + malu sambil cakap, "eiyyy, tak matangnya aku duluuuu". Okay dah, stop membebel. Nak terima apa aku cakap, terima kasih, tanak terima sudahhhh! Orang dah nasihat tanak terima. Eleyhhhh.

Haha. Okay guys, Assalamualaikum :)

1 ulasan:

Khairul Asrol berkata...

betul jugak tu. bila fikirkan memang tak matang kan. lebih baik post pasal perkara yang baik macam nasihat ke apa. by the way, yang tulis ni dah delete belum post yang dah dua tiga tahun dulu? hihih

 
©Copyright by Alia Rahmat since 5 Nov 2010